Pada hari ini terdapat 56 kaum yang tinggal di negeri China dan mereka bebas menggunakan bahasa dan dialek masing-masing. Walaupun begitu penggunaan karektor (abjad) Han atau lebih dikenali sebagai tulisan China adalah pengantar bertulis rasmi semenjak zaman silam.
Ini bermakna mereka telah menggunakan satu sumber pengantara atau tulisan yang sama bagi menimba dan berkongsi ilmu pengetahuan sejak sekian lama walaupun terdapat perbezaan cara hidup di antara suku kaum yang berbilang.
Terbentuknya tulisan China dan penggunaannya boleh dibahagikan kepada pelbagai rupa dan maksud mengikut situasi dan keadaan semasa yang diperlukan. Pada setiap zaman terdapat gaya bahasa yang berbeza yang dipengaruhi oleh Dinasti yang memerintah di mana perubahan cara dan gaya penulisan karektor akan menunjukkan sedikit perbezaan mengikut kesesuaian Pemerintah ketika itu.
Kebanyakan tulisan karektor terbahagi kepada beberapa unsur yang bersangkut rapat dengan beberapa cabang sektor perusahaan yang dilaksanakan pada ketika itu seperti pertanian, pertukangan, perubatan, kemanusiaan dan lain-lain. Pembentukan karektor juga berkait rapat dengan lima unsur utama dalam kepercayaan bangsa China ia itu pokok atau tumbuhan, api, air, logam dan tanah . Kelima-lima unsurĀ ini yang berkait-rapat dengan alam semulajadi dan kehidupan di mukabumi menjadi sebahagian dari faktor penting yang mempengaruhi evolusi tulisan China. Ini termasuk binatang liar dan perliharaan yang digunakan dalam pertanian.
Tulisan China juga boleh diibaratkan seperti bayangan-bayangan rupa atau bentuk yang boleh dilihat danĀ dirasai melalui alam semulajadi seperti musim sejuk dan musim panas. Dari keadaan dan faktor persekitaran sebeginilah mereka kemudiannya menyesuaikan tulisan China dan berubah mengikut peredaran zaman dan diajarkan dari satu genarasi ke satu generasi sehingga ke hari ini.
Setiap satu karektor tulisan China dibentuk seperti dalam satu petak persegi yang tersusun dan setiap satu petak yang ditulis mewakili satu karektor. Pada mulanya setiap satu karektor mewakili maksud yang tertentu, bagaimanapun setelah masa berlalu dari satu peringkat ke satu peringkat mereka mula mengubah dari penggunaan satu karektor kepada penambahan dua, tiga dan empat karektor untuk memberi maksud yang lebih tepat dan indah.
Contohnya hujan Yvi hanya satu karektor sahaja sudah memadai memberi maksud hujan, tetapi untuk mengindahkannya lagi makna ini ia boleh disambung kepada YviThhien hari hujan, Thhien bermaksud hari atau alam, SiahYvi turun hujan di mana Siah bermaksud turun.
Ini juga bermakna satu karektor yang dicipta ianya boleh dipuzzlekan kepada pelbagai penyambung dan tambahan bagi memberikan maksud yang lebih tepat dan mudah untuk digunakan secara umum oleh semua lapisan masyarakat China.
Kewujudan teknologi moden tidak menghalang penggunaan tulisan karektor untuk memberi maksud yang diperlukan kerana karektor China telah mendahului bahasa-bahasa lain dalam melalui evolusi bahasa dan tulisan.
Contohnya perkataan komputer ialah TienNaw dimana Tien bermaksud elektrik dan Naw bermaksud sifat otak atau sifat berfikir, apabila kedua-dua perkataan Tien dan Naw digabungkan ianya bermaksud komputer dan terus digunapakai oleh semua kaum Han serta merta di seluruh dunia.
Jadi, apa juga perkakasan atau alat yang berjaya dicipta oleh kemajuan teknologi hari ini bahasa China dengan pantas dapat menguasai teknologi tersebut kerana bahasa dan tulisan yang mereka gunakan telah mendahului tamadun yang sedia ada.
| M | T | W | T | F | S | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Jan | ||||||
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
| 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
| 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
| 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
| 29 | 30 | 31 | ||||
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply
You must be logged in to post a comment.