Biodata

En Aziz Taufik (Ajid lawsher) dilahirkan di Rengam Johor pada tahun 1959. Dia adalah anak yang ke sembilan dari limabelas orang adik-beradik. Kesukaran dalam mengharungi kehidupan dalam keluarga yang besar dan anak kepada penoreh getah telah mendidik beliau menjadi begitu cekal dalam menghadapi cabaran hidup.
Persekolahan
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan (China) Chin Chiang Rengam pada 1966 sehingga 1971.
Setelah tamat darjah enam beliau tidak meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan sebaliknya meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Chong Hwa Kluang pada tahun 1972 sehingga tamat Senior Middle III (Tingkatan 6) pada tahun 1977.
Beliau mendapat keputusan cemerlang di peringkat Senior Middle III dan mendapat galakkan dari pihak sekolah untuk melanjutkan pelajaran di peringkat universiti di Taiwan. Beliau telah berjaya menamatkan ijazah sarjana muda pada tahun 1983.
Pengalaman Pekerjaan
Sekembalinya beliau ke tanahair beliau telah ditawarkan jawatan sebagai Pegawai Perjawatan di Kim Hin Industry Kuching Sarawak selama dua tahun. Selepas itu beliau telah memohon sebagai Pensyarah Bahasa Mandarin di UiTM Cawangan Perak sepenuh masa pada tahun 1986 /UiTM Shah Alam 1989/ UiTM Segamat 1991
Di UiTM beliau telah mencurahkan bakti dengan penuh dedikasi mengajar Bahasa Mandarin kepada anak bangsa Melayu. Beliau telah meletakkan jawatan sebagai Pensyarah Bahasa Mandari pada tahun 1991 kembali ke Johor dan bertugas sebagai pegawai Tadbir di Perbadanan Ekonomi Negeri Johor (Johor Corporation) sehingga 2006 selama 15 tahun.
Antara agensi kerajaan dan swasta yang telah mendapatkan khidmat kursus Bahasa Mandarin / Kursus Motivasi Budaya Keusahawan kaum Cina dari beliau seperti berikut:-
- Jabatan Pertanian Negeri Johor
- Veterinar Serdang -Selangor
- FAMA -Johor
- SEDC -Sarawak
- Kelab Usahawan BISTARI-Johor
- PUJB (Perbadanan Usahawan Johor Berhad) -Johor
- MARA Negeri Johor
- FPPSM UTM Skudai Johor
- Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Johor
- LPP Pusat -KL
- MRSM Pontian -Johor
- LKIM Pusat -KL
- LKIM Zon Utara -Kedah
- LKIM Zon Pantai timur -Pahang
- LKIM Zon Pantai Timur -Kelantan
- LKIM -Sarawak
- LPP Zon Selatan -Melaka
- Syarikat Pengangkutan Maju -JB
- Kolej Komuniti Kota Tinggi -Johor
- Kolej Komuniti Segamat -Johor
- Hospital-hospital Pakar di bawah KPJ (Kumpulan Perubatan Johor) -JB, KL
- Naza Bikes Sdn Bhd -Shah Alam
- Dura Clean Sdn Bhd -JB
- Persatuan Peniaga-peniaga dan Penjaja kecil Melayu Negeri Johor
- Persatuan Kontraktor-kontraktor Bumiputra PKK -Sabah
- PKK – Johor
- Dewan Usahawan Industri (DUID) Pontian Johor
- Antara Steel Mills Berhad -Pasir Gudang
- Pusat Latihan Industri (PUSPATRI) -Pasir Gudang -Johor
- Johor Port Berhad Pasir Gudang -Johor
- White Horse ceramic Sdn Bhd -Pasir Gudang -Johor
- Famaco Sdn Bhd -Selangor
- Bakti Insani Sdn Bhd-JB
- Art Usaha Dagang Sdn Bhd -JB
Sebagai Penterjemah:-
- Penterjemah Keratan Akhbar Cina untuk Johor Corporation dan syarikat-syarikat anak 1992- 2006
- Penterjemah Misi Dagang syarikat anak Johor Corporation ke Guangzhou 2005
- Penterjemah Misi Dagang Usahawan dan Koperasi melalui UPEN Johor ke Hong Kong 2006
- Penterjemah lawatan Misi Dagang Usahawan MARA Johor Beijing 2007
- Penterjemah Misi dagang Usahawan dan Koperasi melalui UPEN Johor ke Guangzhou 2008
- Penterjemah Konvensyen Winalite Global untuk usahawan Bumiputra di Guangzhou Jan 2009
Hari ini beliau menggunakan pengalaman lebih 20 tahun mengajar bahasa Mandarin dan mencipta (SMART MANDARIN) iaitu satu kaedah teknik mudah dan cepat untuk orang-orang Melayu menguasai bahasa Mandarin. Memang terbukti sistem SMART yang disampaikan berbeza dan lebih mudah untuk dipelajari dalam masa yang amat singkat.
Beliau juga telah dapat mengenal pasti masalah yang menghalang orang Melayu untuk menguasai Bahasa Mandarin dan setelah membuat kajian dan menganalisa keadaan ini. Beliau telah berjaya menghasilkan teknik pembelajaran Bahasa Mandarin mudah.
Hari ini beliau membuka peluang kepada orang-orang Melayu khasnya untuk memperlajari bahasa Mandarin Pertuturan secara cepat dan mudah.
Permintaan program SMART MANDARIN seperti ini meningkat terutama sekali permintaan dari sektor kerajaan, korporat, swasta, individu, usahawan dan profesional Bumiputra.
Apakah yang anda dapat selepas menghadiri kursus ini?
1. boleh bercakap bahasa Mandarin selepas tamat kursus
2. penjimatan kos antara RM3000.00 hingga RM5000.00 dengan nilai yang diberi dan yang disampaikan.
3. yuran yang kami tawarkan hanya RM590.00 dengan dibekalkan 1,800 perkataan boleh terus digunakan sejurus selepas tamat kursus ini dalam masa yang begitu singkat.
4. penjimatan masa kehadiran antara 6 bulan hingga 18 bulan setiap minggu serta kos yang tidak diingini
5. mampu membina ayat Bahasa Mandarin dengan betul
6. aset untuk diri sendiri, keluarga dan majikan
7. dapat memperluas rangkaian apabila anda telah menguasai bahasa-bahasa dunia
8. membantu dalam dunia keusahawanan, korporat dan profesional







